Tuesday 1 October 2013

MENULIS MALAM

malam-malam masih berjaga , 
mungkin jiwa tenang agaknyaa,
mungkin dahi berkerut memikirkan sesuatu . 
sesuatu yang tidak semua orang tahu akan sebab ia perlu difikirkan . 
kenapa ?
susah hendak mencari jawapan kalau sebelah tangan sahaja yang berbunyi . 

mungkin , 
kita perlu datang untuk mencari . 
mencari sebelum ia pergi menjauh bagai angin lalu,
angin lalu yang mendayu hingga ke kutub .
Yang susah hendak dicari . 

biar kita tipu hati , 
biar kita tipu diri , 
biar kita tipu orang lain .
tapi
jangan tipu jawapan yang ditemui bila keseorangan.
jawapan ITU yang paling tepat.
tepat yang datang dari lubuk hati yang dalam . 
dalam yang sukar ditemui penghujungnyaa.


walaupun ditemui , 
tapi
Hanya pada pangkal yang tajam untuk dirasai.
mungkin kerana malam yang masih berjaga tadi .
membawa mata untuk tidak melihat . 
membiarkan otak rakus berpuitis.
Hati gembira mentafsir ,
namun
akal yang bekerja sebagai pemikir.

si pemikir menjadi si pemenat .
pemenat yang penat menahat sakit di garis hidupnyaa.
apabila dilepaskan
takukan pahat si pemikir dilihat kasar.
kasar seperti hatinyaa yang sakit apabila diminta untuk diukir.
Kasar untuk dihidu.
Kasar untuk dibicara
kerana apa?
kasar adalah dirinya yang tidak semua orang nampak warnanya.
warna yang padan hanya sesuai selembut pastel .
carilah.
mungkin itu jawapan ketika keseorangan .

tidak boleh tidur.menulis pendek yang senang untuk dibaca mungkin susah hendak faham.hmm,malas hendak menaip panjang dan masa yang cemburu sebenarnya.tetapi,selamat malam semua.