Sunday, 29 December 2013

ANAK MANJA

Anak manja ,

aku baru sedar aku anak manja
anak manja yang tahu nangis
anak manja yang reti bising
bising bila ditarik nikmat 
yang tidak berpada-pada
anak manja
menangis bila rindu bunuh jasad
anak manja
menangis bila tidak cukup tangan sotong
malu minta tolong
hilang anak patung
apatah lagi 
manja menangis
emak dengan ayah terlepaskan tangan
sakit
gila
tiada arah
sawan semua nanah ada 

anak manja ini
sebentar tadi panaskan telinga dengan ayah
suara tersekat-sekat
genang-genang air mata rindu
cuba ketawa
ayah tak buat lawak
tapi
anak manja cuba ketawa jugak
tak nak bagi ayah tahu
anak manja tak boleh hilang manja dengan ayah .

Sekian ,
anak ayah emak .