Monday 18 November 2013

PERINGATAN PETANG

petang ,
waktu si gemuk jadi kurus ,
waktu si kacak gagahkan bola ,
waktu si gedik menjampikan pemikat
dan
waktu mak ayah wujud dengan anak

petang

dongak langit ,
awan pun berseronok sama ,
dikepulnya awan pelbagai corak
diukirnya pelangi
tujuh lapisan warna diserikan
kalau ada hujan ,
mungkin malam tidur kesejukan .

meloncatnya manusia dengan petang , 

satu meja penuh kedai kopi
Ah leng , Sarivanan dan Halim
seronok pecut motor , 
tekan minyak , 
rebutkan kerusi minta kopi dan roti ,
selera petang tiba
satu jam belum pasti untuk secawan kopi , 

redup hening ,
istimewanya waktu petang 
Jangan lupa
sakan hantu waktu maghrib ,
balik pondok ,
cuci kaki , 
wudukkan muka
baringkan diri ,
ucapkan Alhamdullilah
nawaitu hati ,
terlaksana 24 jam.

No comments:

Post a Comment

order or a question??