Thursday, 14 November 2013

TOPENG BUSUK

manusia kalu diberi topeng , 
pasti semua ad wajahnya
wajah yang seerti dengan syaitan
rupa yang bersih seumpama malaikat
mungkin
bertompok seperti darah yang jatuh ke bumi
itu wajah manusia

manusia kadang kala sepi senyap bisu pekak buta rabun dengan dunia
dijahitnya mulut dengan benang putih tebal
jarum karat bergigi tumpul
rosak
tapi 
logik akal masih boleh bernafas
jantung masih boleh berdegup
nadi di tangan ,kian laju berdenyut
manusia diam bukan tanda bodoh
tapi
diam tanda mengumpul ilmu

tin kosong berdetang deting berbunyi
disepak-sepak
mungkin dipijak
mungkin dihenyak
mungkin diketuk
atau 
kalau manusia kuat
besi diramas
besi dibelai
besi dijilat untuk berkilat hodoh

besi itu manusia
kau baling ketuk atau tukul sekalipun
besi tetap besi
zarah dalam tak berubah
zarah dalam tetap kuat

manusia tak semua boleh jangka
ada dalam selimut busuk
ada sebesar gajah naik minyak
ada sekecil kuman pembunuh
semua tu ada
bersedia lah
mengadap topeng manusia yang tak pernah henti dilukis.

1 comment:

order or a question??